Hafazan Al-Quran Teknik 3 Jam
News Press Release

Hafazan Al-Quran Teknik 3 Jam

Dari Anas Bin Malik, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya di antara manusia ada yang menjadi ahli Allah.” Para sahabat ra bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah mereka?” Beliau SAW menjawab, “Mereka adalah ahli al-Quran (merekalah) ahli (orang yang dekat dan dicintai) Allah dan diistimewakan di sisi-Nya.”
HR Ibnu Majah (no 211)

Perjalanan bersama al Quran tidak pernah akan tamat sekalipun kalian menghabiskan seluruh hidup. Bermula dengan mengenali alif ba ta, kemudian kita meningkat kepada mahir membaca sehingga mampu membaca dengan baik. Sesudah mampu untuk membaca, lalu ditingkatkan lagi dengan kefahaman yang benar sehinggalah ia dapat diamalkan dalam praktik kehidupan.

Bahkan dalam usaha semua itu, dituntut juga untuk kita menghafaz ayat-ayat al Quran. Ingat, bukan sekadar dihafal pada peringkat ingatan, bahkan jauh dari itu, segala yang dihafal itu perlu difahami dan seterusnya diamalkan.

In shaa Allah bersama-sama Ustaz Harfiz selanjutnya dalam program Hafazan Al-Quran Teknik 3 Jam,

๐Ÿ“… 15 Julai 2019 | Isnin

๐Ÿ•™ 10.00am – 12.00pm

๐Ÿ“ Dewan Serbaguna, Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam.

Info lanjut klik link sini > bit.ly/QuranHafazan
Atau hubungi > 019-378 0585 (En. Rafezi) / 013-964 6618 (Cik Aimi)

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *