Bagaimana mendapatkan rasa kenikmatan dalam solat?
News

Bagaimana mendapatkan rasa kenikmatan dalam solat?

Tidak lain tidak bukan ianya adalah usaha untuk mencari kenikmatan solat dengan khusyuk. The process that matters.

Usaha yang bagaimana?
1. Usaha dengan faham bacaan-bacaan solat
2. Usaha dengan melawan godaan Syaitan yang sering membuat kita lalai dalam solat
3. Usaha dengan menjauhi kemaksiatan yang selalu menjadi penghalang untuk kita ingat pada Allah

Bahkan banyak lagi. Solat itu hakikatnya tuntutan dan perintah. Namun, merupakan hadiah buat hamba yang benar beriman.

Lalu, mengapa perlu faham makna bacaan surah dalam solat?

Kerana kunci untuk mendapat ‘rasa’ dan memberi respon kepada bacaan surah dalam solat adalah dengan tahu, faham dan sedar apa yang dibaca dalam solatnya.

Sesungguhnya berbeza – faham dengan ‘rasa’ dan faham dengan ‘hafal’. Kerana ‘rasa’ itu letaknya di hati sementara ‘hafal’ itu letaknya di akal.

Jikalau tidak, mana mungkin Baginda Muhammad saw mengucapkan, “Ya bilal, arihna bi solat (rehatkan kami dengan solat)” ?

Apabila hadir solat dengan hati dan diiringi dengan akal yang jelas menuju Tuhannya, ianya adalah bukti sebagai hamba yang benar memerlukan Tuhan dalam hidupnya. Rasa berTuhan akan terus ‘hidup’ dalam hati. Mudah-mudahan.

Moga teknik dan tadabbur bacaan surah lazim dalam solat ini membantu kita semua memperbaiki kualiti solat dan solat kita bukan lagi rutin sehingga perkataan “Ya bilal, arihna bi solat” bertakhta di sanubari.

Istimewa Ramadhan dengan Interaksi Makna Bacaan (Surah Lazim) dalam Solat pada 18 Mei (Sabtu) ini. Info > http://imbasrasa.wasap.my/

#IMBaS
#BinaKejayaanKeSyurga

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *